Blogger Templates

kawan kawan saya

kalau baik, klik lah iklan kat bawah ni :)

..

tik tok tik tok

Sunday, December 11, 2011

2 more paper :)

hey2 ! assalamualaikum :)

sekarang aku masih dalam mood STPM.. lama gler aku nak tunggu benda nih habis ! please hurry baby !
got 2 more paper.. tapiii.. even aku nak benda nih habis, jauh di sudut hati aku.. aku akan merindui zaman persekolahan,, sekarang nih kalau aku dengar budak2 ckp benci ngan zaman persekolahan, meh sini aku liku kepala dia.. zaman sekolah yang paling best okay ! kau bole dpt duit belanja, naik bus bayar separuh harga, kau bole buli orang ( haa buli sikit da lerr ).. ikut lawatan sana sini, pegang jawatan yg best2 ( yg nih kene pandai bodek cikgu ) n macam2 lagi lah..

lepas nih, no more school uniform, no more school.. kalau aku rindu sekolah, then aku dtg saja2 nak belajar bolee tak agak2 ?? ( yg nih buang tebiat ) Hahaa 
aku akan rindu makan kat kantin, anyam ketupat ngan membe2, gelak kuat2 sama sama ( yg nih ofcoz gelak aku paling kuat ) usha2 cikgu2 yg handsome, tak pon usha student2 lelaki yg handsome tp sume nye hampehh.. HAHAH 

lepas nih aku akan ke peringkat yg lebih tinggi, IJAZAH ! INSYAALLAH.. moga2 aku dapat..

okay lah.. BYEEE. kahamsamida reading this entry :)

#semalam aku call dia, SUMPAH rindu gler :')

Thursday, December 8, 2011

entry sedih :')

Hye2.. salam semua !

setiap insan yang bergelar perempuan mesti mudah percaya dengan apa yang dia lihat n dengar kan ?
perempuan juga mudah menerima kata kkata seorang lelaki tanpa berfikir panjang. last2 perempuan juga yang rasa sakit..

time seorang lelaki mula mengenali seorang perempuan tuh.. mesti dia cakap macam nih 

dalam ramai2 perempuan awaklah yang buat saya bahagia. awak lah yang paling sepecial. dengan awak saya tak rasa sunyi lagi. awak yang terbaik dan tak mungkin saya dapat cari pengganti awak.
even kita berpisah, saya janji takkan lupakan awak. 

tapi.. ayat2 macam tuh maybe da di copy and paste kan kat telinga korang.. and maybe juga ayat yang sama lelaki da copy and paste kan kat telinga ex ex dia sebelum nih.. that i'm rite ?

tak dinafikan.. pastinya dalam hati lelaki akan ada seseorang yang betul2 bertakhta kat hati dia..
kita sebagai perempuan jangan cepat melatah n cepat perasan.

cintailah seseorang tuh dengan biasa2 jer n secara cool jer :)

jangan terbang terlalu tinggi sebab bila jatuh sangat sakit :')


kahamsamida reading this entry  :)

10 tanda dia jodoh kita :)

Hye semua ! salam :)
td aku terjumpa satu artikel nih.
macam menarik .. ehhh.. takkk !!
memang menarik..
10 TANDA DIA JODOH KITA

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


So ada tak tanda2 tuh kat korang ? kalau ada korang SANGAT3 bertuah.. 
tak macam aku :')

kahamsamida for reading this entry :) 

Wednesday, November 30, 2011

Puisi yang Zahiril buat uuntuk isteri dia, Shera :)

Hye ! salam semua..

td aku terjumpa puisi yg Zahiril Adzim buat
untuk isteri dia,
Shera Aiyob..
homaigod ! sweet gler.. >.<
jum2 baca puisi dia..


"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu aku langsung setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteri ku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik.
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong.

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan.
Bahaya, ancaman ada di mana mana. Tapi selagi kau ada dalam dakapanku,
Aku akan berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku
tetapi manjadi isteri yang disayangi Allah Ta'ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, selamat menjadi ibu kepada anak-anak ku kelak,
Selamat menjadi menantu kepada ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik -beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dariku.\


Amacam ?? sweet kan ??
 haih.. bila lah aku akan dapat puisi macam nih <---- Hahaha perasan jap..

Kbye ! kahamsamida for reading :)

Tuesday, November 29, 2011

Golongan Lelaki Yang Ditarik Wanita ke Neraka..

selangkah
anak perempuan
keluar dari rumah
tanpa menutup aurat,
maka selangkah juga
ayahnya
itu hampir ke api neraka.

1. Ayahnya.
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2. Suaminya.
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3. Abang- abangnya.
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4. Anak Lelakinya.
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya.

Friday, November 25, 2011

Entry saja saja :)

hye guys ! salam :)




tadi time aku tengah bosan2 tuh, aku pegi lah blogwalking..
then terjumpa satu link blog..
bila da bukak blog tuh..
tetiba plak ada pop up mesej berbunyi "SeLaMAt DataNg Ke bLoG LaHAnaT SaYeW" 
ayooo,, tak yah nak ucap selamat datang sgt la weyh ! 
disebabkan teruja dengan blog tuh..
aku pun tekan je lah butang 'OK' kat blog tuh..

astagafirullahalazim ! sumpah serabai aku tengok blog tuh !
dah macam dlm hutan dah aku rasa,
siap ngan daun berguguran bagai.. dengan iklan punya lah banyak..
tokey iklan ke hape ! 
dah lah dia punya cursor pelik nak mampus ! 
siap dengan ada tulisan kat keliling cursor tuh yg tertulis 
"cegampang pusing pusing" HAHAHA bodo2 jer !

takde template lain ke ? HAHAH

pastuh kan.. nak tekan go kat shoutbox dia, nauzubillah susah gler..
nak nangis aku dengan blog tuh..
dengan cursor aku ntah kemana2.. pening !!
yang tak tahan kat sebelah kiri blog tuh,
siap ada gambar bapok mana ntah.. posing2 manja kat situ

niat aku nak baca blog tuh.. tapiiii
berpinar mata aku tengok tulisan blog tuh..
watdehel !!
takde warna lain ke weyh selain warna biru cair tuh ??
mesti pakai cermin mata 3D ke ?
KoRuNkkkkk! RaMai sAnGaT tAnYeW sAyeW LaGu aPeW dAlAm bLoG NiEw. jAwApAnNyEw, BiG BaNg - hArU hArU. TekEw kEnApEw sAyEw sUkEw LaGuW nIeH? sEbAb sAyEw sUkeW sEsUAtU yAnG hArU dAn BiRoO! HeHe

dengan tulisan kecik besar kecik besar jer aku tengok..
sakit mata lah woi !! macam sial terus batal niat aku nak membaca..
dengan lagu ala2 kpop.. menyampah aku dengar..dah lah tuh tak bole nak pause lagu tuh
damn !!
dengan ejaan 'two-one punye blog'.
aku dok pikir maybe dia tak reti mengeja kot? 
takkan cikgu BM dia tak ajar cara2 nak mengeja TUAN ?


disebabkan aku fedup + pening ngan blog tuh, aku terus tekan butang X..
stress aku dibuatnye..



sape2 yg nak try masuk blog dia, nih link dia  http://terok.ayeemayam.com/

selamat membaca !! HAHA


nota kakitangan : sori too say.. aku just nak bagitau aku bukan kutuk orang lain punya blog, tp tuan punya blog berkenaan saudara ayeem ayam saja membuat blog sedemikian rupa untuk menunjukkan benda yang tak sepatutnya ada dalam blog.. jangan marah aku.. terima kasih :)

Thursday, November 24, 2011

aku rasa tak sihat

hye guys ! salam..

seriously aku rasa tak sihat hari nih..
aku benci minggu peperiksaan.. membuatkan aku sangat2 stress !
hari nih masuk hari kedua, time tidur aku tak tentu arah..
aku just tidur 2-3 jam jer kot..
konon nak study lah kan.. tapiii..
aku memang study lah, tak caya tanya mak aku ( haa pegi lah tanya )
HAHAHA
bila lah penderitaan ini akan berakjir weyh ??
dah tak tahan !!
nasib lah esok tak de exam...
rabu minggu depan baru ada, boleh lah rehat sket otak aku nih..
aku memang seseorang yg suka study last minute,
then bila dah macam tuh, aku just push otak aku
untuk terima segala jenis fakta yg aku baca..
kesimpulannya ????
p/s : seriuosly aku perlukan seseorang :(

kbye ! kahamsamida reading dis entry :)

Tuesday, November 22, 2011

belajar bangkit dari sebuah perpisahan..

hyee guys !! salam..

merasai detik perpisahan/break/clash maybe satu benda yg sangat menyakitkan.. that i'm true ??  lagi2 kalau kita ditinggalkan or putus sebab orang ketiga.. lagi sakit hati kalau tiba tiba putus tanpa sebab yg munasabah.. sumpah time tuh rasa macam nak bunuh orang..

orang yang bercakap lagi senang dari orang yang merasa.. pada sape2 yg pernah merasa maybe akan tau macam mana perasaan tuh.. kadang2 orang cakap 'buat apa kau nak nangis pasal lelaki tak guna tuh,just lupakan dia'.. If we can forget about him is how we format memory card might be easy but its so hard too just forget it him.. 

even kita nangis air mata darah sekali pun, orang tuh tak kan balik lg kat kita.. so kita harus bangkit , kita harus kuat.. just slow2 lupakan dia... yes kita maybe kehilangan seseorang yang kita sayang tp jangan sampai kita hilang diri kita jugak.. takkan ada sapa yg akan bantu kita melainkan diri kita sendiri..

so.. dengan apa yang dia buat kat kita tuh lah, yg akan membuat kan kita bangkit.. just fikir, apa guna dia pada kita, kalau dia suka kita memang dia akan sayang gila2 tp bila dia da tak suka dia akan buang kita macam sampah ! 

jangan bagi dia tengok kita lemah dengan apa yang dia buat kat kita.. jangan fikir dunia kita da tamat bila dia tinggalkan kita.. bak kata orang lain ' belajar untuk jadi sombong sikit '

"hari ini kau buat aku.hari ini kau buat aku nangis.hari ini kau nampak aku macam longkang. jangan terkejut if one day nanti..kau yang nangis.orang buat kau.and aku kau akan nampak macam bidadari.aku akan tunggu detik itu.masa itu akan tiba.serius." ( just copy and paste )

kau yang pernah melukakan hati..lihat aku yang tetap gagah berlari..maaf..kaki mu terlalu kecil..tak cukup untuk buat aku mati.!!!!


menangis lah kalau merasa sakit


kahamsamida for reading this entry :)

Wednesday, November 16, 2011

4 hari sebelum STPM 2011 !!

hyeeeee.. salam semuaaa !!!

di pagi yg sungguh indah ini,.....
aku masih berada di sekolah (jam 9.25 am ) untuk study <---- sila percaya..
melihat gelagat budak budak form5 mengambil SPM 2011.. fuhhh terer uoollls, setengah jam selepas paper start  dia orang da keluar dari dewan peperiksaan..  TABIK  giler kot ngan dia orang.. padahal hari nih paper MATHEMATICS. confirm A dalam tangan.. TAHNIAH diucapkan.. HAHAHAAH aku sudah merepek nih..

hari nih dengan penuh semangat aku bawak paper sejarah, 
kononnya nak baca lah.. <---- phuiihh bajet jer .. HAHAH.. sudahnya aku bukak laptop ( untunglah ada wifi kat sekolah kan ) on9 facebook, update blog, baca blog orang.. itu lah aktiviti aku  ngan aqilah sekarang.. sumpah bosan bhaii..  haa dengar dengar citer orang cakap paper sejarah for STPM 2011... susah !! haiya ingat aku nih sejarawan negara ker nak kaji2 pasal sejarah2 nih.. sekarang nih pun tak reti2 nak insaf, STPM sudah memanggil pon aku still tak insaf2.. on9 facebook num satu.. tak boleh tinggal bhaii.. kata orang sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.. tapppiiii bagi aku kalau dah menyesal nanti, takkan nak repeat plak.. mintak simpang nyah !!! HAHAHAHAAH..

dah ah aku tak tau nak merepek apa lagi.. aku da lapar.. nak pegi makan kat kantin... for the last time aku kat sekolah nih sebelum memasuki dewan peperiksaan pada 21NOV... doakan kejayaan aku even korang tak kenal aku.. kahamsamida for reading.. luv u all

Sunday, October 9, 2011

MALASSSS !!Hye

Hye2.. salam semua..
( bajet macam ramai sangat yang baca blog aku )

Just a quick update.. sebab aku sudah mengantok ( kejadahnya ayat aku skema malam nih ? ) sakit hati kot aku malam nih.. ahhh malas nak fikir.. okey2,, aku akan stop update blog ni untuk sementara waktu sebab lagi sebulan nak STPM beb !! ( bajet jer nak stop update ) seram mak nyah .. hoho 

whatta ?? apahal aku macam nak nangis pulak nih.. macam syial doe.. serius aku terasa dengan apa yang dia buat.. lantak !! aku nak tido.. byeeeeee.. kahamsamida.. thnx for reading.. aku banyak merepek kat sini..

Saturday, September 17, 2011

Nilai Hantaran kahwin...

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status
Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000


DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000


sumber : facebook.




haih.. mahal kan ?? bg aku kahwin nih berdasarkan keikhlasan dan kejujuran (eceeehhhh poyo tak aku ) tak perlu lah kot nak mahal sangat hantaran kahwin nih kan3 ?/ kesian kat bkal suami kan2 ? err macam peringatan untuk diri sendiri plak ( hahaaha bongok gler )



k lah.. mau chowww !! kahamsamida for reading :))

Saturday, September 3, 2011

raya ! raya ! raya !

haluuu2.. salam !! apa kabar kah anda2 semua ?? cukup baik ka ? banyak dapat duit raya ka ?? dey.. berapa banyak ka daa.. sape yg banyak duit raya tuh meh lah hulur2 sket kat aku.. sikit seyh aku dapat duit raya tahun nih (nak kata aku tua lah tuh ).. adehh !! helooo.. saya baru berusia 19 tahun okey !! selalunya selagi kita belom berkahwin selagi itulah kita akan mendapat duit raya ( buatnya umur 40 pun tak kahwen lagi,camno plak ?? amek kaw ! ) haihh nasib2..

raya nih pon macam tak berapa nak meriah plak,,xde mood seyh.. 1st raya pegi rumah pakcik then pegi rumah mak mertua.. opsss !! ( bongoknye eka, perasan je lebih ) passtuh balik ruma membuta then makan lagi,lagi dan lagi tp badan tak gemuk2 gak (alhamdulillah )..2nd raya pegi raya kat ruma sedara mara (eh betol ke spell ) then balik ruma cepat sebab si dia nak beraya kat ruma plak ( poyo lah kaw eka ) hahahaaha.. tuh jer lah kot cter raya aku.. nothing yg special sgt tp bab yg si dia raya kat ruma tuh special sket ( sape2 yg menyampah nak baca sila tekan butang X kat bahagian atas sebelah kanan ye )
aku on9 fesbuk then tengok sume bajet tukar DP pakai baju raya lah an ? an ? jeles doe !! aku takdo gambar raya.. damm !! kamera aku rosak kan ? so hanya mampu melihat dengan hati penuh kecemburuan .. memang raya yang sedih.. macam satu status fesbuk yg di update berbunyi begini         'Raya memang membosankan , tak sama dengan ramadhan yang indah ♥' kan ?? sape yg setuju ngan aku ??  sila angkat bulu hidung.. kihkih ( ntah sape punye ayat aku cilok )..  k lah mata suda ngantok,mau sleep.. tunggu2 mesej dia ntah bila nak sampai.. choww !! kahamsamida kerana membaca :)))

P/S : mood nak TRIAL STPM ! dont disturb me !! poyo jer kaw eka,, hahahaah

Saturday, August 27, 2011

sumpah penat !!

hyeeeeeeee.. 
assalamualaikum kakak2 yg cantik2 dan abg2 yg hensem2
tak lupa jgk adik2 yg kiut miut..
(cara aku nih mcm aku nih byk sgt jer follower )
oke !! tak banyak pun.. titik..

td ayah aku ajak pegi shopping.. i like!! tipu sape cakap die tak suke shopping,, meh sini aku sekeh kepala die.. (wah suke2 aku nak sekeh org )

mule2 pegi JALAN TAR tp macam xbest jer kat situ,, boring aka sesak beb !! nih lah padahnye suka shopping last minit..then pegi sogo plak..jalan nak menghala ke sogo plak jem giler.. choii.. awat sume nak shopping last minit nih ?? ayoyo.. tp tak pew.. nak raya punya psl an ? haa lagi satu yg best.. nak parking kete jer da RM10.. konfem kayo owg tuh !! huhuhu..

cari punye cari dpt lah sepanjang baju kurung utk aku.. puas ati gak la kan ?? pastu jalan lagi,lagi dan lagi.. then masok kat sogo plak memang toksah cakap lah,, ramai gler.. haha aku da penat weyh.. sangat.. dengan beg plastik kiri kanan lg ( nak bgtau lah yg aku shopping banyak kan )
hmm oke lah.. aku tak taw nak merepek apa daa...

thanx kerana membuang masa membaca blog saya yg xseberapa.. haha
*poyo nak merendah diri.. kahamsamida :))


Friday, August 19, 2011

ALHAMDULILLAH....

Salam semuaaa !!
bertemu lagi kita dalam rancangan masak memasak bersama
mak jemah !! HAHA !! 
oke.. enough eka !! kaw suda terlalu merepek...

ekceli aku tak tau apa motif aku update blog nih ?? hmmm..  oke2..suda tau mau update ape..
ALHAMDULLLAH..hari nih da masuk 20 hari kita berpuasa kan ?? cukup kah solat terawikh anda ??
kalau aku jangan tanya lah.. huhu.. harap2 kita akan jumpa lagi dengan ramadhan tahun depan kan ??
hmmm.. rase sedih plak :( 

raya tahun  nih pun aku rasa berapa nak meriah.. sebab ?? giler kaw nak meriah.. 6hb september trial STPM dah start.. ayoyo.. sungguh sadis rasanya kenapa mereka begitu kejam menetapkan trial pada tarikh itu ?? huhuh :'( ada yg ckp sekarang nih kita kene berkorban,nanti da abis STPM kaw raya lah puas-2.. tp mesti lah tak sama kan ?? cer bayangkan kalau umur aku tak panjang, mesti tak dapat raya tahun depan kan ?? huhu apa daa yg aku merepek nih.. hmmm apa2 pon just enjy ur life eka n make ur family proud.. hahaha

hmm.. sampai disini aje.. tak nak merepek panjang.. nanti org menyampah nak baca.. tp ada ke yg baca blog aku nih ?? hmmm.. ape2 pon thanx for reading..  kahamsamida :))



P/S: saya sayang dia,bagaimana dengan anda ??

Monday, August 1, 2011

hari pertAma puasa !!

Assalamualaikum semua ??
ecececeh mentang pose kan,kemain lagi bg salam..
HAHA !!

yeaahhh !! lagi 29 hari lagi nak Raya .. hihi... uihhh lame gak tuh kan ? tp macam yg kawan aku ckp pejam celik pejam celik esok nak raya dah.. Qilah tipu,,aku pejam celik pejam celik tak raya pon esok..kalu raya mesti mak aku dah wat rendang,ketupat.. haish kecur air liur babe !!  HAHA !!
 hari pertana pose nih,ok lah kot.. nak taw sebab ape ?? jeng..jeng..jeng.. HAHA !! 

pagi tadi agak happy lah.. ehehe sbb jumpa dia.. hahaha dah lah !! malas nak merepek panjang2.. penat !! * poyo lah kaw eka,penat konon.. ~ Tangan didada, Mata keatas.. HAHAHA !!



Thanx for reading !! Kahamsamida.. nanti eka bagi duit raya yer!! hihihi..

Wednesday, July 27, 2011

saya bahagia !!
dan selamat berpuasa !!



p/s : macam pelik ngan entry aku kali nih.... ahhh.. ade aku kesah.. kbai =))
kahamsamida.. 

 

Wednesday, July 13, 2011

camping yang sangat happening !!!!

hallluuuuu... salam 1Malaysia..
Hahaa...

ooo yeaahhh !! minggu lepas bertarikh 8-10 julai aku pegi camping kat Laman Nur Bestari,Ulu Yam... sumpah best weyh... mula2 tuh aku mcm berat hati jer nak pegi,sampai kan aku malas gler nak packing barang.. tp aku kuatkan semangat (ececehhh,,ayat nak poyo ) sbb nih kem yang terakhir untuk aku n kawan2 yg lain.. yelaa,, kite org kan fasilitator yg berkaliber.. *wink wink.. lepas nih kite org kene fokus ngan STPM yang akan menjelang xlama lagi...

ok... meh sini aku story mery pengalaman aku kat sana.. terbaeekkk wokk !! 1st day tuh kite org just  sesi ice breaking  n pasang khemah.. ooo yeaahhh !! pasang khemah.. alaa kacang jer.. da penah wat kot.. tapi... 1 khemah hanya bole muat 4 org tp kite org fasilitator seramai 10 org.. masing2 xnak ngalah an ?? so kite org amek keputusan 1 khemah 5 org... ok... payah jgk tuh.. cer bayangkan ea,, setiap org bwk 2-3 beg yg memang agak besar.. 1 khemah tuh jer da penuh ngan beg..  mane nak tido woi !! ayooo.. die org bole ckp nanti mlm kite  pikir cm ne nak tido.. hahaha

tapi an.. aku tgok die punyer dewan laen macam ar.. sbb dewan die terapung.. terapung means die atas air arr.. hahaha.. aku takot seyh nak pijak lantai dewan tuh.. cer korang bayangkan yg lantai dewan tuh just papan yg nipis tuh ( ape ntah nama papan tuh ) n then klu korang berjalan atas papan tuh die mengeluar bunyi yg sangat menakutkan.. sumpah aku takut weyh !! wat nye runtuh ker ?? ohh...aku xbole membayangkan kemungkinan yg berlaku.. hahaha.. tp see.. aku selamat an ?? hoho

ok... malam pula menjelang.. aktiviti untuk pelajar2 je lah.. fasi tolong2 mane yg patot jer.. sbb cikgu yang handle slot malam nih.. da abis jer slot tuh.. dalam kul 11malam tuh.. aku ulang  yer.. jam 11 malam.. kite org ade aktiviti solo walk.. alaaa.. yg bersiar2 kat hutan time malam2 buta tuh.. hahaha.. ok yg nih.. sume kene terlibat termasuk ngan fasi2 sekali.. aku berlagak cool tp dalam hati ALLAH jer yg tau.. cuak seyh !! walaopon aku penah wat aktiviti mcm tuh sblm nih tp percayalah tak sama ok... tepat jam 12malam  kite org gerak masok hutan tuh.. die org xbg bwk lampu suluh.. huwaaa... kejam2... huhu.. 

die org just bg lilin 2batang.. tuh jer ok.. pastuh pandai2 lah guna lilin tuh.. klu terpadam,nasib lah jalan dlm keadaan gelap2 tuh..huhu alaa..hmm xade ape r kot.. aku jer yg mengelabah lebih2.. tp sepanjang jln kat hutan tuh aku xberani nak pandang ke atas.. kang nampak 'benda' yg xsepatutnya.. pengsan plak kat situ.. hohoho... dalam 1jam kot bersiar2 dlm hutan tuh then aku keluar nagn selamatnye... tapi xselamat jgk kot.. sbb abg tuh nak denda kite org sbb ade yg bwk lampu suluh... aku rase nak humban jer budak tuh dlm sungai.. sbb aku da ngantuk... klu bwk tuh pandai2 ar sorok..

ade ke patot abg tuh soh kite org redah sungai pagi2 tuh.. pagi disini bermaksud jam 1 pagi ok..  huhu
gler seyh... macam ade sorang abg tuh ckp denda kene kongsi sama2.. sharing is caring ok !! haha
da abis jer benda tuh, kite org bole masuk tido.. disebabkan khemah kite org penuh ngan beg an.. kite org amek keputusan tido kat dewan.. ahh lantak ar.. janji dpt tido an ?? hooho
sampai disini jer ar dulu.. nanti aku citer aktiviti esok harinye plak.. penat ar menaip..
kahamsamida kerana membaca.. peace yooo !!
 
barisan fasilitator yg best2.. ade lg 2 org tp xde dlm pic  nih..

Thursday, July 7, 2011

Derma Darah =))

Haluuu2.. Salam..

di pagi jumaat yg indah nih, dgn gigih nye aku nak update blog.. rajin x ?? dikala org laen g skolah dan sedang menghadap cikgu BM aku yg garang tuh, aku plak bersenang2 kat rumah.. hahaha ade aku kesah ?? bkn ape petang nanti aku de kem kot so amek kesempatan lah xnak datang skola.. hahaha

ok!! panjang btol aku membebel, lari daripada tajuk entry aku tuh.. Derma Darah ??sape penah derma darah?? best woo.. aku mula menderma darah time form 5.. ekceli skola aku tuh tiap2 tahun wat aktiviti menderma darah nih.. kebetulan time tuh umur aku da cukup 17 tahun..dalam keaadan yg takut gler tuh, aku beranikan jugak nak derma darah.. yelaa.. bila lagi aku nak buat amal an ?? masuk nih dah 2 kali aku derma darah.. alaa baru 2 kali kot.. hmm tapi rasa bangga jugak.. eheee..

klu org tanya perasaan time derma darah tuh, jgn ckp r weyh.. segala macam perassan ade.. cuak ?? takot ?? gelisah ?? macam2 ade.. bayang kan je lah aku yg jenis takut ngan jarum n takot ngan segala macam ubat bole berani derma darah... klu tengok jarum yang nak cucuk tuh,, nauzubillah.. besar wooo.. aku xberani nak tengok time org tuh cucuk.. TAKOT !!.. org lah yg ckp jarum tuh besar n tengok kesan kene cucuk tuh kat tangan aku.. 

SO... kesimpulannya.. pegi lar MENDERMA DARAH.. xrugi ape kot.. and lagi satu klu derma darah kita akan gemok hanya MITOS semata2.. buktinya aku xgemok2 pon.. still cam dulu gak.. eheeee...

gambar daripada hencek goggle..




P/S : darah aku jenis A.. Korang pulak ?? pegi lah cepat2 menderma darah..

 

Saturday, July 2, 2011

ape nak update ehh??

Haluu2.. Salam semua !!


hari nih aku nak cter pasal 1Murid 1Sukan 1Malaysia...  apakah itu ?? hahaha.. nama laen bg  benda tuh ialah merentas desa lah.. pelik kan ?? nama tuh da pendek2, die kasi panjang.. hahaha.. bagi komersial sket kot..

hmmm tp aku xlari pon.. aku kene btugas jage stesyen jer.. maklumlah budak2 skolah nih manja2 belaka.. kene jage dieorg sepanjang larian tuh blangsung.. nanti ade yg pengsan ker, aku xleh wat ape r.. tuh PBSM punye keje.. hehehe..

kadang2 aku angin gak ngan budak2 nih.. org da cakap kene jln kat tepi2 ( tepi2 means kene jln kat tepi2 jln raya tuh )  die org nak gak jln kat tengah2 jln raya.. rase cam nak hentak jer kepala die org kat atas jln tuh.. xphm bahasa.. padahal ckp bhasa melayu jer kot.. bknnye bahasa alien ( nampak beno nipunya,aku pon xtau bahasa alien ) hahaha...

walaopun xlari,, penat gak seyh... penat tgok budak2 tuh.. ade yg bersiar2 lah sambil menghirup udara yg xberapa nyaman.. haishhh.. org kata lari, dieorg nak bjalan, org soh bjalan sebok plak nak berlari.. hahahah.. macAm2 kerenah budak2 nih...

ok r sampai disini saje coretan aku.. hahahah xbole blah seyh..
byeeee... kahamsamida !! see..pandai speaking korea sekarang nih.. haha =))


Wednesday, June 8, 2011

peniru amatur VS peniru profesional !!

Salam & haloo2 to everibody !!
hihihiiii..

I'm baccckkk !! haha xbole blah seyh !! menaip nye aku disini ialah untuk merepek !! kuikui..
kaw xsuke aku merepek ??? nyah kaw dari sini !! semak jer !! hahahaha.. ok2.. berbalik kpd tajuk entry aku tuh, ekceli nak menceritakan sikap2 manusia2 yg sgt ' HEBAT ' !!  aku ulang yer... ' HEBAT '... hebat dari segi ape ??

okkkk.. munculnya peniru2 nih adalah diwaktu bermulanya exam.. dikala ini muncul lah peniru pro & peniru amatur.. bg peniru pro nih,, dikala org laen sebok menghafal, membaca, menelaah ( ayat cannot go ah ) peniru2 pro nih sebok meyalin segala fakta2  yang terdapat di dalam buku dan yg lagi dasyatnya da siap salin awal2 dah jawapan dalam kertas (macam da spot soalan tuh akan keluar ) & kertas tersebut diselit kan di tempat2 yg memboleh kan kertas itu diselit kan.. *macam pelik plak ayat aku nih.. n then kalau nasib  die org baik kbetulan plak soalan yg di spot keluar ape lg xyah susah2 nak menjawab lg just terus anta skrip jawapan yg telah disediakan sejak dari mula lg.. hebat bukan ?wa memang respect sama lu der..

bg peniru amatur nih plak just macam nih (macam yg aku selalu buat hihih..).. just coverkan pergerakan anda dan jgn sampai dilihat oleh cikgu anda.. then berbisik macam nih ' pssstt.. jawapan number 34 ape ? '
haa.. macam tuh lah... tp agak berisiko sbb besar kemungkinan time tengah korang berbisik macam tuh ttbe cikgu korang pandang,, xke kantoi nanti.. time nih korang just sengih2 macam kerang busuk je lar then ngadap balek kat paper korang tuh.. jgn plak jd bengong, still pandang kawan kaw tuh.. Mampos nanti.. 

bagi aku kalau setakat sebagai peniru amatur nih, aku boleh terima lg sbb aku pon buat mcm tuh tp xde lah sampai nak bawak segala macam nota dlm exam,, macam yg aku ckp,, aku memang respect lah tp kite tgok time STPM.. klu die org boleh buat mcm tuh jgk.. memang Tabik & Respect sgt2..



P/S: kite org just xde bukti je.. klu tak, dah lame korang kantoi..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...