Blogger Templates

kawan kawan saya

kalau baik, klik lah iklan kat bawah ni :)

..

tik tok tik tok

Thursday, December 27, 2012

The Hobbit.

Assalamualaikum. hai, hoi, hey, halooooo. *abaikan*

Hari tu pegi tengok wayang, actually dah banyak kali jugak pergi tengok wayang. ni semua salah adik aku, dia yang beria ajak aku tengok wayang. ahhh! alasan, boleh je kalau taknak pegi kann. who's care? hahaha.

okay, panjang sangat mukadimahnya, aku nak cerita pasal cerita The Hobbit ni haa, best jugak, not bad. orang cakap jalan cerita dia pun ada kene mengena dengan cerita Lord Of The Ring tu. ahh mampus, mana aku pernah tengok cerita tu kan.  tapi kesah plak kan ? sebab aku banyak baca review kata cerita ni best, best, rugi tak tengok, pegi lah tengok. erghh. okay, dengan mengorbankan duit iolsss sebanyak RM21+RM21=RM42 ? huh ? sebab aku kene belanja adik aku laaaaaaaaa plus cerita tu version 3D. padahal ada je yang version biasa. eh suka hati lah nak tengok yang mana kan. hahahaha

Mengantuk hoi tengok cerita tu bukan sebab bosan tapi memang aku betul2 dah ngantuk. hari tu tengok cerita tu dalam pukul 10 malam kot, durasi cerita tu pulak 2jam 45 minit kot. hmmm maybe. sebab lama sangat. pastu dengan iklan lagi sebelum cerita tu nak start. baru iklan tapi popcorn dah suku yang habis. hahahaha.

Yang aku ingat watak dalam cerita tu Bilbo Baggins. What a cute man!! haha. comel je dia dalam cerita tu. lagi2 bila dia buat muka blur2 gitewwww. hahahaa

sumber dari hencek google.


Tapi cerita tuh kelakar pun ada, suspen. sebenarnya aku tak pandai ah nak cerita. pergi lah tengok sendiri. lagi pun cerita tuh ada sambungan kot sebab ending dia tergantung. part last tu dia tunjuk satu makhluk, naga kalau tak silap. kemain tau dia fokus kat naga tu je, pastu fokus punya fokus mata naga tuh pun terbuka dan cerita pun habis. ehhhh pfffffttt! menyampah iolss tau. for sure lah ada part 1,2 and 3 sebab cerita tu di adaptasi dari novel kan, macam cerita twilight tu. yang part 2 maybe tahun depan bulan disember. so i'm waiting bebeh !! hari tu pun aku ada jumpa novel dia. hajat di hati nak beli tapi harga dia RM30 ++ gitewww. terus tak jadi beli. hahahahaha. okbai~


P/S : Nanti aku nak cari dvd Lord Of The Ring tu. so kedai Speedy wait for me bebeh. lol. hahahah




Tuesday, August 28, 2012

fuh fuhhhhh !

Assalamualaikum !


Fuhh, lama seh aku tak menghupdate blog aku yang terchenta ni. jap jap, nak bersihkan sawang2 ni (sambil pegang penyapau) hahaha. lama tak update punya pasal penyapu jadi penyapau. persetan semua itu ! hye follower itew, lama kan itew tak update kan kann ? *bajet macam banyak follower. puihh


Dear blog, jangan lah marah sebab lama tak jenguk kau, kalau nak marah jgk. pergi kau marahkan twitter tu. ketagih siot aku main benda tu. err, ayat lain macam ah. dulu kemain lagi aku kutuk, ntah pape la twitter tu, tak best laa. menyampah laa. sekarang, sehari tak buka, ibarat mandi tak basah, tidur tak lena. * ini tipu.
hahaha.


Aku bukan tak nak update blog, tapi otak blank tak tau nak update apa doe, since kemalasan maha dewa yg membelenggu diri ini. kau tak tahu ke since aku jadi penganggur terhormat kat rumah ni, aku tersangat la busy (konon macam menteri ). tapi betul la weh, sekarang aku sibuk menjahit. sila percaya anak2 sekalian. haha. aku sibuk membuat kraftangan dari kain felt tu. aku dah berjaya buat sarung untuk belackbeyi kesayangan aku tu. tak percaya ? kesah pulak aku. aku malas je nak tunjuk kat sini, kang ramai pulak yang nak menempah. kahkahkah. sila lempang saya sekarang. :p


sumbangan hencek google




Lebih kurang gambar penguin diatas tu la yang aku buat. tapi bukan la macam tu. aku baru amatut maa. AMATUR ye  bukan AMATUT. see. nampak tak aku typo. malas nak delete. kahkah. and semalam aku buat cheese cake. wohoo ! menjadi weh. tak sangka plus sedap plak tu. haa sila sepak saya sekarang. haha. 


Since mak ngan ayah balik kampung 5 hari yang lalu, aku mencemar duli masuk ke dapur. kahkah. okay tipu. selalu je masuk tapi disebabkan mak takde kat rumah, aku ah kene masak. malas nak pegi beli. Alhamdulillah. mampu dicerna oleh perut. wakakaka. mak ! cepat laa balik ! nak mak masak pulak. sobsob :'(


k ahh, cakap panjang pun tak guna. chiawww !

Thanks for reading :)


Friday, February 24, 2012

pengalaman aku :D

Assalamualaikum :)


Haluuu.. 
suda agak lama aku tak update blog. haih~
da bersawang nih.. mood malas aku datang balik. 
nak  kata aku busy tak jugak kot.
padahal 24/7 dok kat rumah je..

okay laa, cerita panjang pun tak guna, nanti orang menyampah nak baca.
hari tu aku ada update pasal aku pergi genting.
tapi.. tak bagitau permainan apa je yang aku main kat sana.

1st : Space Shoot
ni la benda 1st aku ngan membe2 aku naik apabila kaki mula melangkah masuk outdoor theme park. ekceli aku da pernah naik benda nih  7 tahun dulu. so konon2 da tak  takut lettew sbb da ade experience. kononye la. *tangan di dada mata ke atas. time tengah beratur nak naik benda alah tu .SHIT !! punya la panjang nak beratur, sampai 2jam beratur nak naik benda tu. ahhh lantak !! nak naik gak benda tuh. ahahaha. bila da duduk je kat bangku permainan tuh, baru la jantung aku dup dap dup dap. tp buat cool lagi. apadahal kan ? da penah naik kan ? ahaha sempat nak poyo lagi.. benda tuh mula bergerak slow2 nak naik kat puncaknya. TINGGI siot !!! kecik2 je aku tengok orang2 yg kat bawah. kawan aku kat sebelah da berselawat bagai. aku ? ? jantung da nak gugur bhai. ahaha then tetiba dengar siren yang menandakan benda tuh nak turun lagu ke bawah. time tuh aku rasa jantung aku da keluar and aku rasa da nak terbang. sumpah tak tipu. aku hanya mampu menjerit FATIHI AKU SAYANG KAU !!!  okay tu tipu. tapi aku memang menjerit + ketawa2. tak tau apa motif aku ketawa. bila jejak je kaki kat tanah. aku rasa ALHAMDULILLAH aku masih hidup. huahua 

2nd : Flying Coster

benda ni kita orang tak dapat naik sebab time tuh tengah di selenggara. macam @$%#^ sebab time tu la nak selenggara. esok tak boleh ke ? =.='

3rd : rumah hantu

ha yang nih takde gambar.. tapi yang aku ingat permainan ni kita orang kene naik kereta api kalau tak silap tapi seat dia bole duduk 2 orang je. pastu kereta api tu slow masuk ke dalam. konon suspen lettew~ tapi aku macam cuak plak. ahahaha kawan aku dok menjerit sepanjang kat dalam tuh and aku plak just ketawa2 je sebab aku rasa hantu2 kat dalam tuh langsung tak menakutkan. patot la aku tengok budak2 yg naik benda alah tuh bila keluar ketawa2 je. ceh ~ tak adventure langsung. huahua.

4rd : Roller Coster bebeh.


yang nih aku angin gilaa sebab bayang kan je la, kita orang da beratur hampir satu jam tetiba orang tuh cakap 'maaf roller coster tutup selama satu jam untuk selenggara' sekali lagi aku rasa macam errrgghhh !! asal tak cakap esok je, orang da beratur 1jam baru nak bagitau !! tak dapat naik jugak. sumpah frust :( pastu kita orang blah laa, klu tunggu tak pasal2 tertinggal bus plak nanti..

last : 
benda ni best wooo ! ahahaha. 7tahun lepas permainan ni la yang aku naik sampai 2 kali. ahahaha
mula2 takde la rasa cuak sangat KOT. bila benda tuh da start berpusing dengan laju, baru rasa macam cuak sikit. ehehehe. aku rasa macam melayang2 je. BEST !!! aku ada jgk kot menjerit time naik benda alah tu tapi membe aku si rahayu nih rilex je dia. tak menjerit pun. rupanya dia speechless naik benda tuh. ahahaha 


time nak naik genting tu kita naik cable car. yang tak boleh blah nak naik cable car pun terjerit2 jgk. bhahaha 


okay time to go.. sebab kita kejar masa takut terlepas bus. so tu je la permainan yang aku ngan memb2 sempat naik. macam tak berbaloi pun ada jugak. so pada sape2 nak pegi Genting tu, elak kan la pegi time public holiday or segala macam cuti sebab for sure korang kene beratur panjang untuk naik satu permainan yang hanya memakan masa selama 2-3 minit.

kbyeee ! kahamsamida reading this entry :)

Friday, January 13, 2012

kehilangan, perpisahan dan berhenti berharap :')

Assalamualaikum.
hyeee all my friends :D

setiap orang mesti pernah melalui detik kehilangan/perpisahan kan ?same with me :'(
melalui detik perpisahan dengan orang yang kita sayang amat payah untuk di telan. sapa2 yang pernah merasai erti kehilangan sahaja yang tahu betapa luluhnya hati kita. yang hilang tetap hilang. kalau pun ada pengganti, kehilangan itu tetap tak terpadam. macam hukum alam kan ?  yang bermula pasti akan berakhir, yang bertemu pasti akan berpisah dan yang datang pasti akan pergi :')

kadang2 tengah tengah malam kita terjaga dari tidur, rasa rindu sangat dengan dia.  tp rindu tu tak pernah terluahkan sebab tak mungkin kita jumpa dengan dia lagi.

kadang2 kita rasa baru semalam je dia dengan kita, ketawa sama2,

 kadang2 tuh macam baru semalam je dia pegang tangan kita, pujuk kita dari menangis, dengar ketawa dia, menyanyi untuk kita. tapi bila kita sedar, tu hanya mimpi kemarin yg tak mungkin berulang.

kadang2 tuh kita rasa macam nak pergi cari dia, tapi bila ingat dia da tiada, kita rasa hampa, sunyi, kosong. semakin kita nak lupakan, semakin kenangan bersama dia datang menghantui :'(

kenangan itu sangat manis untuk dikenang and kadang2 akan menjadi semakin perit bila kita berusaha untuk melupakannya.

"hidup seperti ini..kita melewati jalan ini hanya sekali..kita menyusuri sungai ini hanya sekali..kita melalui taman ini hanya sekali..kadangkala kite tiada kesempatan utk melewati jalan itu untuk kedua kali..kadangkala kite tiada punya waktu untuk menyusuri sungai itu lagi..kadangkala detik untuk kite terlalu singkat untuk melalui taman itu kembali..maka..selagi kita masih dijalan itu..selagi kite berada didalam sungai itu..selagi kita berjalan ditaman itu..sekiranya kita ada peluang untuk mengembirakan mana2 hati yang kita sayang..maka..gembirakanlah mereka selagi peluang itu masih tersisa.." <--- copy and paste


#kahamsamida reading this entry :')

Monday, January 9, 2012

sesi melepakkan diri di Genting Highlands :D

Halu2..
Assalamualaikum :)


Da dekat 2minggu berlalu, baru hari ni mood rajin aku datang nak meng'update' story aku kat Genting. HAHA ! banyak gak masalah yg timbul. biasa lah bila ada yg segelintir tak on time ! tp aku pun tak on time gak sebenarnya tp tak selewat yg budak tuh ! haha. pagi2 pun train sesak kan ?gilaaaa.. 
kita orang sampai lewat kat terminal putra tuh, sebab confuse ! ingat stesen putra ngan terminal putra sama, rupanya takk. 

nak naik genting tuh, kita orang naik cable car. OHSEMM ! *hye helmi. hahaha
kita orang sesat doe kat sana ! HAHA. siap sesat masuk casino. ehh tak masuk pun lg. orang2 tua je yg aku tengok masuk tempat tuh. apa la nak jadi. ish2

ramai siot orang. pelancong asing je yg ramai. huh ! yg aku pelik tuh, kat sana sejuk kot. aku yg pakai baju dua lapis pun still rasa sejuk. tapi ada gak yg just pakai singlet, seluar pendek bagai. hebat ! hahah. aku da excited tengok permainan yg ada kat situ ! wohoo ! tp dapat naik 3 permainan jer pon. -..- ramai siot org ! 1permainan jer kene beratur 2jam. watdehel ? aku frusst tak dapat naik roller coster. huhu da dekat 1jam beratur tetiba orang tu cakap roller coster tutup 1jam untuk baiki. kejadahnya semua tuh. time tu plak korang nak baiki kan ??? huh !

ada satu permainan yg aku naik nih, ntah apa nama dia. tinggi siot ! time tuh aku rasa macam nak jerit. fatihi aku sayang kau ! ehhh. gurau2. hahaha kejadahnya dia.. thenn. aku da lupa nak taip apa doe. blank da semua.

k laaa.. kahamsamida reading this entry.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...