Blogger Templates

kawan kawan saya

kalau baik, klik lah iklan kat bawah ni :)

..

tik tok tik tok

Sunday, December 11, 2011

2 more paper :)

hey2 ! assalamualaikum :)

sekarang aku masih dalam mood STPM.. lama gler aku nak tunggu benda nih habis ! please hurry baby !
got 2 more paper.. tapiii.. even aku nak benda nih habis, jauh di sudut hati aku.. aku akan merindui zaman persekolahan,, sekarang nih kalau aku dengar budak2 ckp benci ngan zaman persekolahan, meh sini aku liku kepala dia.. zaman sekolah yang paling best okay ! kau bole dpt duit belanja, naik bus bayar separuh harga, kau bole buli orang ( haa buli sikit da lerr ).. ikut lawatan sana sini, pegang jawatan yg best2 ( yg nih kene pandai bodek cikgu ) n macam2 lagi lah..

lepas nih, no more school uniform, no more school.. kalau aku rindu sekolah, then aku dtg saja2 nak belajar bolee tak agak2 ?? ( yg nih buang tebiat ) Hahaa 
aku akan rindu makan kat kantin, anyam ketupat ngan membe2, gelak kuat2 sama sama ( yg nih ofcoz gelak aku paling kuat ) usha2 cikgu2 yg handsome, tak pon usha student2 lelaki yg handsome tp sume nye hampehh.. HAHAH 

lepas nih aku akan ke peringkat yg lebih tinggi, IJAZAH ! INSYAALLAH.. moga2 aku dapat..

okay lah.. BYEEE. kahamsamida reading this entry :)

#semalam aku call dia, SUMPAH rindu gler :')

Thursday, December 8, 2011

entry sedih :')

Hye2.. salam semua !

setiap insan yang bergelar perempuan mesti mudah percaya dengan apa yang dia lihat n dengar kan ?
perempuan juga mudah menerima kata kkata seorang lelaki tanpa berfikir panjang. last2 perempuan juga yang rasa sakit..

time seorang lelaki mula mengenali seorang perempuan tuh.. mesti dia cakap macam nih 

dalam ramai2 perempuan awaklah yang buat saya bahagia. awak lah yang paling sepecial. dengan awak saya tak rasa sunyi lagi. awak yang terbaik dan tak mungkin saya dapat cari pengganti awak.
even kita berpisah, saya janji takkan lupakan awak. 

tapi.. ayat2 macam tuh maybe da di copy and paste kan kat telinga korang.. and maybe juga ayat yang sama lelaki da copy and paste kan kat telinga ex ex dia sebelum nih.. that i'm rite ?

tak dinafikan.. pastinya dalam hati lelaki akan ada seseorang yang betul2 bertakhta kat hati dia..
kita sebagai perempuan jangan cepat melatah n cepat perasan.

cintailah seseorang tuh dengan biasa2 jer n secara cool jer :)

jangan terbang terlalu tinggi sebab bila jatuh sangat sakit :')


kahamsamida reading this entry  :)

10 tanda dia jodoh kita :)

Hye semua ! salam :)
td aku terjumpa satu artikel nih.
macam menarik .. ehhh.. takkk !!
memang menarik..
10 TANDA DIA JODOH KITA

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


So ada tak tanda2 tuh kat korang ? kalau ada korang SANGAT3 bertuah.. 
tak macam aku :')

kahamsamida for reading this entry :) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...